Sunday, January 31, 2010

Kejadian Adam

Assalamualaikum Warrahmatullahiwabarakatuh,maaf baru entri ckit.
Hari ini saya buat cerita Kejadian Adam.
Ketika hendak menciptakan Nabi Adam a.s,Allah S.W.T. telah
mengutuskan malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil
sedikit tanah .Tetepi,bumi enggan membenarkanya.Setelah itu,Allah
S.W.T. memerintahkan pula malaikat Mikail tetapi ia juga gagal.Begitu
juga malaikat Israfil.Akhirnya,Allah S.W.T. mengutuskan malaikat
Izrail turun ke bumi.Allah S.W.T. memerintahkan malaikat Izrail
supaya memberi amaran kepada tanah agar taat kepada perintah-Nya.
Lantas,bumi mengizinkan tanahnya diambil.Setelah itu, malaikat Izrail
mengambil beberapa jenis tanah yang pelbagai warna.Daripada tanah
itulah,Allah S.W.T. menciptakan Nabi Adam a.s.

No comments: